Jumaat, 10 Mei 2013

sapa ckp rumpai laut tak de kolagen?

ni bukti rumpai laut juge terdapat kolagen yg baik utk manusia
Ini adalah tajuk perbincangan yang dibincangkan
dalam Wanita Hari Ini 24 April 2013 di TV3..

Panel yang terlibat dalam perbincangan WHI ialah
Prof Madya Dr Suhaimi Yasir (Ketua Pengarah Unit
Penyelidikan Rumpai Laut Sabah,UMS) & Hardiyanti
Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan
Perniagaan TPM Biotech). Dalam perbincangan mengatakan tiada kolagen didalam rumpai laut ini.Ia hanya digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai terminologi untuk memanggil rumpai laut kerana
sifatnya seperti kolagen.

----> Dari segi sains kolagen adalah komponen protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein.
Jadi tidak sama dengan bahan asas dalam rumpai
laut kerana strukturnya terdiri dari karbohidrat. Tetapi rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein,mineral, Asid Amino di mana peranan protein & Asid Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen yang sedia ada dalam tubuh badan kita.

-----> Secara x langsung bila kita makan rumpai laut ini sendiri dapat menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu dari segi struktur kulit yang cantik, keanjalan dan sebagainya.

------> Rumpai laut diistilahkan sebagai organic vegetables,
juga mengandungi fibre & potassium yang tinggi.
Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk
kecantikan dan juga untuk kesihatan. Dalam satu penyelidikan dan kajian menggunakan haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah positif. Di mana tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila
disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya
menurun.

-----> Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik &
Pembagunan Perniagaan TPM Biotech) pula
memberitahu Rumpai laut ini penuh dengan mineral, zat, protein
dan vitamin (B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu
dalam masalah kulit dan juga ekzema.

------> Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan kolagen dalam badan yang menyebabkan kulit tegang
dan sebagainya, dan memang telah terbukti. Produk kosmetik berasaskan rumpai laut sedang dibangunkan di Malaysia. Rumpai laut ini adalah bahan organik dan selamat digunakan. Umpama percakapan Prof Madya Dr Suhaimi Nasir RUMPAI LAUT
boleh diambil selame-lamenye takde masalah

------> Menggunakan rumpai laut adalah semestinya pilihan
yang bijak. Kerana ianya 100% bahan semula jadi dan
harganya berpatutan.

------> Testimoni dalam WHI:
Juminah Arbai'e -Mula-mula beliau tidak percaye kan
keberkesanannya.tapi setelah mencube sembelit dah
takde, kulit rase halus. Sememangnya ia sangat berkesan
untuk kesihatan dan kecantikan. sumber : Wanita Hari Ini, 24 April 2013 (Rabu)

Jadi amalkanlah rumpai laut ini untuk mendapat
kesihatan dan kecantikan yang lebih baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan