[INDUSTRI RUMPAI LAUT Diunjur Jana RM1.4 Bln GDI Menjelang 2020]
GEORGE TOWN, 5 Dis (Bernama) -- Industri rumpai laut yang baharu
dimajukan, diunjur mampu menjana pendapatan negara kasar (GDI) RM1.4
bilion dan menyediakan 12,700 pekerjaan baharu kepada komuniti tempatan
menjelang 2020.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (Pembangunan), Datuk Dr Baharom Jani berkata
potensi untuk industri itu amat meluas dengan anggaran semasa nilai
pasaran dunia melebihi US$3 bilion.
Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sub-sektor komoditi berimpak
tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10, serta merupakan
antara industri berimpak tinggi dalam Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA).
"Dalam era teknologi tinggi ini, tidak banyak industri
memanfaatkan hidrokoloid yang unik dan larut air terutamanya yang
terhasil daripada rumpai laut.
"Penggunaan agen-agen ini telah
menjadi penting dalam semua jenis industri daripada makanan,
farmaseutikal, kosmetik, kertas, tekstil dan petroleum daripada industri
bioteknologi," kata Baharom.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepa merasmikan International Conference on Halal Gums
(ICOHAG) yang pertama dan bengkel mengenai standard karagenan yang
dianjurkan oleh Jabatan Perikanan di sini Rabu.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan