Rabu, 26 Disember 2012

[INDUSTRI RUMPAI LAUT Diunjur Jana RM1.4 Bln GDI Menjelang 2020]

GEORGE TOWN, 5 Dis (Bernama) -- Industri rumpai laut yang baharu dimajukan, diunjur mampu menjana pendapatan negara kasar (GDI) RM1.4 bilion dan menyediakan 12,700 pekerjaan baharu kepada komuniti tempatan menjelang 2020.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Pembangunan), Datuk Dr Baharom Jani berkata potensi untuk industri itu amat meluas dengan anggaran semasa nilai pasaran dunia melebihi US$3 bilion.

Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai sub-sektor komoditi berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan ke-10, serta merupakan antara industri berimpak tinggi dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Dalam era teknologi tinggi ini, tidak banyak industri memanfaatkan hidrokoloid yang unik dan larut air terutamanya yang terhasil daripada rumpai laut.

"Penggunaan agen-agen ini telah menjadi penting dalam semua jenis industri daripada makanan, farmaseutikal, kosmetik, kertas, tekstil dan petroleum daripada industri bioteknologi," kata Baharom.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepa merasmikan International Conference on Halal Gums (ICOHAG) yang pertama dan bengkel mengenai standard karagenan yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan di sini Rabu.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan